Mengumpul isi-isi - Arahan
Wahai para pelajarku yang rajin dan bersemangat, aktiviti ini memerlukan kerjasama semua. Kamu dikehendaki menyumbangkan seberapa banyak isi-isi yang boleh digunakan bagi menjawab soalan-soalan dalam buku latihan 5YS. Saya amat-amat berharap kamu serius dalam melaksanakan tugas ini supaya semua dapat memanfaatkannya. Setelah kamu menyelesaikan bahagian kamu, bukalah bahagian rakan-rakan yang lain untuk memberi komen yang membina ataupun untuk membuat penambahan. Di akhir sesi sumbang saran ini, kamu akan ditugaskan untuk membuat satu rangka ( sila rujuk 'folder' saya untuk mendapatkan templat ) bagi menjawab soalan karangan. Setelah rangka kamu menerima pengesahan daripada saya, kamu ditugaskan untuk menuliskan karangan tersebut sebaik mungkin supaya dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Selamat maju jaya !