Mengumpul isi-isi - Arahan
Wahai para pelajarku yang rajin dan bersemangat, aktiviti ini memerlukan kerjasama semua. Kamu dikehendaki menyumbangkan seberapa banyak isi-isi yang boleh digunakan bagi menjawab soalan-soalan dalam buku latihan 5YS. Saya amat-amat berharap kamu serius dalam melaksanakan tugas ini supaya semua dapat memanfaatkannya. Setelah kamu menyelesaikan bahagian kamu, bukalah bahagian rakan-rakan yang lain untuk memberi komen yang membina ataupun untuk membuat penambahan. Di akhir sesi sumbang saran ini, kamu akan ditugaskan untuk membuat satu rangka ( sila rujuk 'folder' saya untuk mendapatkan templat ) bagi menjawab soalan karangan. Setelah rangka kamu menerima pengesahan daripada saya, kamu ditugaskan untuk menuliskan karangan tersebut sebaik mungkin supaya dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Selamat maju jaya !
5 Comments:
Baiklah sekarang mulakan sumbangan kamu untuk soalan yang telah diberikan. Contohnya :
Isi 1 - ??
Isi 2 - ??
Tidak semestinya 3 isi. Sumbangkan seberapa banyak yang termampu. Jaga bahasa kamu ! Baku ya !!
Setelah selesai menyumbangkan isi-isi bagi soalan kepunyaan kamu, kamu dikehendaki membuka ruangan soalan rakan-rakan yang lain.
BACA isi-isi yang telah mereka sumbangkan untuk soalan mereka. Kemudian tambah jika perlu ( isi-isi ) ataupun juka kamu dapati isi-isi yang boleh digunakan dalam penulisan karangan itu sudah mencukupi, berikan komen seperti ' baik', ' syabas' ,'lengkap' dan sebagainya.
Esok, kita akan membuat rangka bagi soalan karangan yang telah kamu terima. Kamu harus, WAJIB , menggunakan templat yang ada dalam 'folder' saya untuk membuat rangka karangan. Pilih isi-isi yang sesuai dan kembangkan dengan contoh-contoh yang relevan dan jangan lupa untuk mengatur isi-isi tersebut dalam perenggan-perenggan yang tertentu. Selesai membuat rangka, kamu akan menulis surat kamu itu pada minggu hadapan !
Saya sarankan , sudah dapat 1 isi, hantarkan dahulu. Ini disebabkan setiap isi utama yang diberikan harus diikuti dengan penjelasan ataupun contoh. Dari itu dalam satu bahagian saoalan itu akan ada 5,6,7 atau lebih ' postings' ataupun komen.
Buat rangka dan simpan dalam 'Workspace' kamu. Selepas itu hantarkan ke 'Folder' saya = Tugasan - 4N - Rangka 5YS
Nama Fail : ( contoh )
2002_S1_Lu&Zif
Post a Comment
<< Home